Diceritakan bahawa pada suatu hari Muhammad bin as-Samak berpidato di hadapan orang ramai dengan pidato yang berapi-api sehingga dia sendiri berasa bangga dengan pidatonya itu. Apabila pulang ke rumahnya dia pun tertidur lalu mendengar suara orang bersyair:
Wahai orang yang mengajar orang lain,
Mulakanlah dari dirimu, itulah pengajaran,
Kamu tuangkan ubat kepada orang yang sakit,
Sedangkan kamu sendiri yang memerlukan ubat,
Kamu cuba menyirami hati kami dengan petunjuk,
Sedangkan kamu sendiri kosong daripada petunjuk,
Mulakanlah dari dirimu dan singkirkanlah aibmu,
Jika kamu berbuat demikian maka kamulah orang yang bijak.
Nescaya orang akan mengikut apa yang kamu katakan,
Nasihat dan pengajaran kamu akan berguna,
Jangan mencegah sesuatu sedangkan kamu melakukannya,
Adalah suatu keaiban jika kamu melarang tapi melakukannya.
Muhammad bin As-Samak sangat terkejut lalu terjaga dari tidurnya. Kemudian beliau bersumpah tidak akan berpidato selama satu bulan.
No comments:
Post a Comment